Ahad, 31 Disember 2017

3.3 Raja Berperlembagaan  

3.3.2 Yang di-Pertuan Agong

  • Yang di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan yang di-Pertuan Agong ini adalah mengikut peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

  • Tempoh Pemerintahan ; 31 Ogos 1957-1 April 1960


Img agung2 2.gif

Img agung3 2.gif

Img agung4 2.gif

Yang di-Pertuan Agong ke-14.jpg

Img agung6 2.gif






Investiture Ceremony at The Negeri Sembilan Palace by HR Tunku Jaafar.jpg

Img agung11 2.gif

Sirajuddin2.jpg

Tuanku Mizan 2011.jpg

Yang di-Pertuan Agong ke-14.jpg

Seterusnya , Pada zaman ini , Yang Dipertuan Agong ke-15 adalah seperti berikut:




  • Kehidupan Awal ; 
Diputerakan sebagai Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra di Kota Bharu pada 6 Oktober 1969, baginda ditabalkan Putera Mahkota (Tengku Mahkota) pada bulan Oktober 1985. Baginda telah melanjutkan pengajian ke Kolej St Cross, Oxford dan Pusat Oxford untuk Pengajian Islam untuk kajian diplomatik. Baginda menamatkan pengajian pada tahun 1991.
  • Kerjaya ;
Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah diltabal sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat). 

  • Tengku Mahkota ;
Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditakhtakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Pada 24 Mei 2009, baginda kemudian ditabal sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.


  • Sultan Kelantan ;



Pada 13 September 2010, baginda telah diisytiharkan sebagai Sultan Kelantan ke-29, mengikut Perkara 29A Perlembagaan Negeri yang menyatakan bahawa Sultan tidak boleh lagi menjadi raja jika baginda tidak berdaya maju memerintah selama tempoh lebih daripada satu tahun. Baginda mengambil nama Sultan Muhammad V. Walau bagaimanapun, ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra, telah mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan pertabalannya tidak mengikut Perlembagaan. Sultan Ismail Petra sedang sembuh daripada strok yang dialaminya pada tahun 2009.
Sultan Muhammad V telah menghadiri Mesyuarat ke-222 Majlis Raja-Raja buat kali pertamanya sebagai ahli penuh pada bulan Oktober 2010. Ini menandakan pengiktirafan kesertaan sebagai Sultan oleh raja-raja lain

  • Timbalan Yang Dipertuan Agong
Pada tanggal 13 Disember 2011, baginda telah ditabal memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Dalam pada itu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah pula ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dijalankan di Istana Negara Kuala Lumpur.

  • Yang Dipertuan Agong ;

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara. Pertabalan itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.

  • Panggilan Dan Gelaran ;
13 Disember 2016 - kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong ke-15

Ahad, 17 Disember 2017

SOALAN STRUKTUR : SEJARAH AWAL NEGARA.

BAHAGIAN A.

1)
a)Bendahara
b)Penghulu Bendahari
c)Temenggung
d)Laksamana

2)
a)Johor : Sultan Alauddin Riayat Syah
b)Selangor : Sultan Salehuddin Syah
c)Terengganu : Sultan Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid
d)Perak : Sultan Muzaffar Syah

3)
a)Daeng Perani
b)Daeng Marewah
c)Daeng Menambung
d)Daeng Chelak
d)Daeng Kemasi

4)
a)Bendahara

  • Bentam
  • Muar
b)Laksamana

  • Sianton
  • Sungai Raya
5)
a)Rembau
b)Jelabu
c)Johor
d)Gunung Pasir
e)Sungai Ujong

6)
a)Negeri-negeri Selat
-Singapura , Pulau Pinang , Melaka

b)Negeri-negeri Melayu Bersekutu
-Perak , Selangor , Pahang , Negeri Sembilan

c)Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu
-Perlis , Kedah , Kelantan , Terengganu , Johor

7)
a)Perak : J.W.W Birch
b)Selangor : J.G Davidson
c)Pahang : J.P Rodger

8)
a)Takhta Sultan Perak diserahkan Sultan Abdullah
b)Raja Ismail digelar Raja Muda dan diberi pencen
c)Daerah Larut diletakkan di bawah seorang penolong residen British yang akan bertanggungjawab       menasihati pembesar Larut , Ngah Ibrahim .
d)Sultan Abdullah bersetuju menerima seorang residen British yang akan menasihati Sultan dalam         hal ehwal pentadbiran negeri , kecuali aspek  agama dan adat istiadat . Residen juga berkuasa             dalam pentadbiran kewangan dan hasil ekonomi negeri.
e)Ketua puak Ghee Hin dan Hai San bersetuju untuk berdamai , melucutkan senjata dan                         menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menangani masalah tuntutan kawasan perlombongan.

9)
a)Pesuruhanjaya Tinggi merangkap Gabenor NNS.
b)Residen Jeneral bertanggungjawab terus kepada Pesuruhanjaya Tinggi.
c)4 orang raja melayu negeri terbabit
d)4 orang Residen British
e)4 oarng ahli yang tidak rasmi yang mewakili golongan peniaga

10)
a)Pihak British kurang bersedia
b)Kelewatan tentera bantuan dari London dan India
c)Jepun menyerang melalui jalan laut tidak dari udara seperti yang dijangkakan.
d)Persediaan Jepun yang lengkap.
e)Tentera Jepun yang cukup terlatih , berpengalaman , bersemangat tinggi dan taktik yang bijak.

11)
a)Penemuan Tanjung Pengharapan oleh Barthholomew Diaz  pada tahun 1488.
b)Ketibaan Kalikat oleh Vasco Da Gama pada tahun 1498.
c)Penawanan Goa oleh Alfanso De Albuquerque pada tahun 1510.

12)
a)Hal ehwal Militer
b)Majlis Pentadbiran sivil dan kewangan
c)Pentadbiran orang tempatan

13)
a)Naning : Dol Said
b)Perak : Dato'Maharaja Lela
c)Terengganu : Dato' Rahman Limbong

Ahad, 3 Disember 2017

BAB 1: SEJARAH AWAL NEGARA

KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU.

Pemerintahan Kerajaan Melaka
  • Sistem pemrintahan pada hari ini masih diamalkan dalam sistem beraja negara. Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau 'Yang di-Pertuan'.
  • Apabila pemerintah kerajaan Melaka mula memeluk islam , pemerintahnya digelar 'Sultan' dan 'Syah'.

jadual 1.1  Nama pemerintahan dan tempoh pemerintahan Sultan-sultan Melaka


*Jadual dia atas merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka ,1990 mengikut pandangan Sarjana terdahulu . Berbeza dengan pandangan sarjana terkini IKSEP dan kerajaan Negeri Melaka ,2012 yang menunjukkan perbezaan tahun pemerintahan .

  • Ramai sarjana sejarah bersetuju bahawa sultan Iskandar Syah merupakan pemerintah Melaka pertama yang memeluk islam . Sistem ini disebut 'raja mutlak' (kedudukan raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat).
  • Kuasa dan hak raja berkait rapat dengan beberapa konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakat pada waktu itu  spt 'taat setia', 'derhaka', 'daulat', 'tulah', dan 'nobat'.
  • Konsep ini berkait rapat dengan protokol diraja yang melibatkan alat kebesaran atau bahasa istana spt 'titah', 'patik', 'murka', 'kurnia', dan 'anugerah' . Istilah lain pula spt 'bersiram', 'gering', dan 'mangkat'.
  • Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya. Sultan melantik para pembesar yg berfungsi sbg pentadbir  , pelaksana undang-undang , menghakimi perbicaraan , mengawal keselamatan , mentadbir hal ehwal pelabuhan , merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protokol dan adat istiadat istana.
  • Rja dibantu oleh sebuah organisasi yg tersusun dengan hierarki dipanggil 'Sistem Pembesar Empat Lipatan'.
     

Rajah 1.2 Sistem Pembesar Empat Lipatan

  • Sistem pentadbiran kerajaan Melaka berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
• Jawatan dan tugas Pembesar Berempat dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka :
a) Bendahara
- Penasihat raja dalam bidang pentadbiran
- Menteri utama
- Ketua turus angkatan perang
- Ketua Hakim
- Pemangku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara

b) Penghulu Bendahari
- Pemungut hasil atau ufti
- Ketua bagi semua Bendahari
- Ketua urusetia istana
- Ketua semua syahbandar

c) Temenggung
- Ketua polis dan penjara (Memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri)
- Penguasa bandar dan Kota Melaka
- Protokol istana
- Hakim di darat
- Mengawasi pedagang asing di Melaka
- Memastikan sukatan dan timbangan pedagang betul

d) Laksamana
- Ketua angkatan laut (menjaga ketenteraman di laut)
- Mengawal keselamatan sultan
- Ketua duta
- Ketua urusan diraja ke seberang laut


  • Selain itu, syahbandar juga dikenali sebagai pegawai pelabuhan, hulubalang besar sebagai panglima perang , ulama, mandulika, tentera, mantri, Seri Bija, bentara, chetria, orang kaya dan bangsawan yang lain mewakili pembesar 8, 16, dan 32 tadi.
  • Wilayah pemerintahan empayar Melaka terbahagi kepada 4 ketegori utama:
       (a)Kota Melaka
       (b)Wilayah-wilayah pegangan/pemakanan
       (c)Wilayah-wilayah taklukan
       (d)Jajahan-jajahan takluk
  • Kota Melaka ditadbir di bawah pusat pentadbiran utama.























ASAL USUL KEDATANGAN MELAKA .


1.1 Latar Belakang Parameswara Dan Asal Usul Nama Melaka ;

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
  Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.
Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.
                             
              
     

DUA6022 - KOMUNIKASI & PENYIARAN DALAM ISLAM TAJUK TUGASAN : " TIDAK PASTI , JANGAN KONGSI " DISEDIAKAN OLEH : ...