3.3.2 Yang di-Pertuan Agong
- Yang di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan yang di-Pertuan Agong ini adalah mengikut peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
- Tempoh Pemerintahan ; 31 Ogos 1957-1 April 1960
Seterusnya , Pada zaman ini , Yang Dipertuan Agong ke-15 adalah seperti berikut:
- Kehidupan Awal ;
- Kerjaya ;
Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah diltabal sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).
- Tengku Mahkota ;
Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditakhtakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Pada 24 Mei 2009, baginda kemudian ditabal sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
- Sultan Kelantan ;
Pada 13 September 2010, baginda telah diisytiharkan sebagai Sultan Kelantan ke-29, mengikut Perkara 29A Perlembagaan Negeri yang menyatakan bahawa Sultan tidak boleh lagi menjadi raja jika baginda tidak berdaya maju memerintah selama tempoh lebih daripada satu tahun. Baginda mengambil nama Sultan Muhammad V. Walau bagaimanapun, ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra, telah mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan pertabalannya tidak mengikut Perlembagaan. Sultan Ismail Petra sedang sembuh daripada strok yang dialaminya pada tahun 2009.
Sultan Muhammad V telah menghadiri Mesyuarat ke-222 Majlis Raja-Raja buat kali pertamanya sebagai ahli penuh pada bulan Oktober 2010. Ini menandakan pengiktirafan kesertaan sebagai Sultan oleh raja-raja lain
- Timbalan Yang Dipertuan Agong
- Yang Dipertuan Agong ;
Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara. Pertabalan itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.
- Panggilan Dan Gelaran ;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan