Ahad, 10 Disember 2017

PENDUDUKAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU
1)Pendudukan Portugis







  • Pada tahun 1511, Portugis menyerang Melaka . Walaubagaimanapun, Portugis hanya berjaya menawan kota dan pelabuhan Melaka sahaja.Sultan Mahmud dan puteranya Raja Ahmad mengundur diri dan meneruskan era Kesultanan Melayu ke negeri Johor dan Perak.



  • Gambar 1.0 Portugis menyerang Melaka

    • Apabila berjaya menawan Melaka, Portugis menghantar Wizurai iaitu Alfanso de Albuquerque ke Kota Melaka untuk melaksanakan beberapa tugas;
                -Menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka 
                -Bertanggungjawab membina sebuah kota,iaitu A'Famosa untuk melindungi Melaka 
                 daripada sebarang serangan Sultan Mahmud .
    • Sultan Mhmud telah beberapa kali berusaha merampas semula Kota Melaka namun gagal.
    • Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk militer atau ketenteraan.
    • Sistem pentadbiran Portugis adalah seperti berikut ;
                         Ketua = Kapten Kota Melaka (Gabenor Selatan) telah dilantik oleh Raja 
                                        Portugal untuk bertugas selama 3-4 tahun.
                                    =Dipilih dalam kalangan Fidalgo.
                                    =Antara 3 badan utama Majlis Penasihat;
                                        1)Hal Ehwal Militer
                                        2)Majlis Pentadbiran Sivil dan kewangan  
                                        3)Pentadbiran Orang Tempatan                               
    • Akhirnya Portugis tewas apabila diserang oleh kuasa tempatan dari Johor  yang mendapat bantuan Belanda pada tahun 1641.
    Hasil carian imej untuk jalan pedagang akhir abad ke 15 dan laluan pelayaran portugis
    • Namun begitu sistem perdagangan Portugis tidak disenangi  oleh pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka.Antara faktornya ialah;
               (a) Semua kapal pedagang diwajibkan membayar cukai sebanyak 6%-10%.
                (b) Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran.
                (c) Memonopoli barang dengan membeli dengan harga murah dan menjualnya semula                         dengan harga yang mahal.
                (d) Diskriminasi terhadap pedagang islam.
    • Hal ini telah membawa kepada kemerosotan ekonomi Portugis di Melaka.
    • Selain itu, Portugis juga terlibat dengan peperangan 3 penjuru yang malibatkan Melaka , Aceh dan Johor.
    • Pelabuhan tersebut jatuh ke tangan Belanda.
    • Portugis tidak dapat meluaskan pengaruhnya untuk menyebarkan agama kristian kerana kekukuhan agama islam.
    • Kesan pendudukan British adalah;
                    *Kelahiran masyarakat Serani
                      *Pengenalan tulisan Rumi
                      *Penyerapan perkataan spt jendela, almari, tuala, garpu.


    2)Pendudukan Belanda
    • Ekspedisi Belanda yang terawal tiba di Belanda ialah pada tahun 1559. Semakin ramai pedagang Belanda berminat untuk berdagang di kepulauan Melayu untuk mendapatkan rempah ratus ,buah pala, dan kayu cengkih.
    • Kepesatan Pedagang telah mendorong pedagang-pedagang untuk bergabung membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur (vereenigde Oost-IndischeCmpagnie) atau V.O.C pada  20 Mac 1602.
    • Tujuannya adalah untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu dan memonopoli perdangangan bijih timah.


    Gambar 1.1 illustrasi kapal  Syarikat Bersatu Hindia Timur (Vereenigde Oost-indisiche Compagnie)


    -Belanda Di Melaka
    • Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa , Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan sbg alternatif kepada para pedagang dari seluruh dunia . Lama-kelamaan telah menyebabkan kemerosotan populariti Portugis di Melaka.



           
    Gambar 1.2 Peta dan penjajahan Belanda di Melaka

    • Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka bagi memastikan penguasaan Potugis di Asia Tenggara dihapuskan serta bertujuan menghancurkan pelabuhan Melaka dan menarik pedagang-pedagang asing ke Betawi.
    • Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka pada tahun 1641.
    • Belanda (v.o.c) telah melaksanakan beberapa dasar demi menjayakan matlamat mereka selepas menguasai Pelabuhan Melaka;
                1. Mewajibkan setiap kapal pedagang mendapatkan pas kebenaran untuk                                  berdagang  di Melaka.
                                  
                2. Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu (Perak,Selangor,                    dan Sungai Ujong) dengan menandatangani perjanjian dengan raja-raja                              Melayu.
    • Belanda telah mengumpul hasil-hasil timah negeri-negeri Melayu berjumlah 500 ribu paun pada akhir abad ke-17 hingga abad ke-18.
    • Pedagang cina amat meminati timah-timah dari Tanah Melayu berbanding timah dari Barat.


    -Belanda Di Perak

    • Sultan Muzaffar Syah II telah membenarkan Belanda menjalankan perdagangan timah seawal tahun 1639.
    • Selepas menawan Melaka pada tahun pada tahun 1641, v.o.c menuntut monopoli penuh dagangan timah di Perak , tetapi tidak dipersetujui oleh Sultan Muzaffar.
    • Ini menyebabkan Belanda tidak berpuas hati dan membuat tindakan ke atas Perak. Antara tindakannya ialah ;
                1) Belanda menyekat pedagang-pedagang luar berdagang di Kuala Sungai Perak.
                2) Meminta bantuan dari Aceh untuk mendapatkan monopoli tetapi Sultan Tajul 
                    Alam Safiatuddin hanya membenarkan berniaga di Perak.




  • Pada tahun 15 Ogos 1650, John truijtman dihantar ke Aceh untuk berunding dengan             Sultan Muzaffar dan seterusnya mendirikan loji.
  • Namun, loji teserbut diserang oleh orang Perak dan kesanya loji tersebut musnah serta         27 orang terbunuh.
  • Oleh itu, Trijutman ke Perak dan menuntut perkara-perkara tersebut:
  •        -Perjanjian supaya diperbahrui
           -memonopoli bijih timah sejumlah 50 ribu rial akibat kerosakan loji.
           -menuntut kerajaan Perak menghukum orang-orang yang terlibat dalam serangan.
    • Truijtman menyekat kapal-kapal di muara Sungai Perak dan mengepung Aceh. Jadi, Sultan terpaksa menandatangani perjanjian dengan Belanda pada 20 Jun 1659 yang menyatakan hanya Belanda yang berhak membeli timah di Perak dengan harga 3o rial sebahara.
    • Pada tahun 1670, Belanda membina kota di Pulau Pangkor dan diserang Perak pada tahun 1676 dan 1677.
    • Belanda terus mengukuhkan kedudukannya di Pangkor sehingga mengawal laluan perdagangan di Perak.
    • Belanda telah berjaya mengaut 450 ribu timah  dari Perak ke Melaka.



    Gambar 1.3 ini menunjukkan bangunan yang dibina dalam kota di Pulau Pangkor




  • Ketika Perak di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah, satu perjanjian telah                   ditandatangani oleh baginda sendiri dengan Belanda yang diwakili oleh Everard Cramer        pada 17 Oktober 1765.
  • Perjanjian yang mengandungi 13 fasal itu ada menyebut;
  •       -sultan berjanji membekalkan timah kepada Belanda dengan harga 34 rial sebahara
          -sultan bertanggungjawab agar tidak berlaku penyeludupan dan sesiapa yang melanggarnya           akan ditangkap.
         



  • Apabila takhta di pangku oleh Raja Muda, baginda menaikkan harga timah kepada 44rial sebahara.Namun, pada 1795 loji Belanda terpaksa ditutup pada tahun 1795 akibat beberapa faktor seperti Surat-surat Kew dan status VOC.


  • -Belanda di Selangor
    • Di Kuala Selangor  satu bahara dijual dengan harga 38 rial, Belanda menawar 36 rial sebahara timah di Selangor tetapi harga semasa 39 rial. Belanda tidak berpuas hati dan telah menyalahkan Sultan
    •  Selangor sebagai bertanggungjawab mempengaruhi pengusaha timah di Perak,Rembau dan Linggi untuk menjual timah di Selangor
    • Pada tahun 1758, Belanda pernah mengalah Bugis menguasai daerah Linggi.
    • Dalam pertempuran tersebut , Belanda telah menandatangani perjanjian  dengan orang Bugis  yang menyatakan daerah Klang,Linggi dan Rembau mestilah menjual semua hasil timah mereka ke Melaka dengan harga yang ditetapkan oleh Belanda.



    Gambar 1.4 ini menunjukkan Rumah Api Bukit Selangor di tempat pentempuran Selangor-Belanda,Bukit Melawati



    • Belanda bertambah bimbang apabila British mengunjungi Kuala Selangor(Kapal:Junk Selangor dan The bloome) dan mula berniaga kain dan candu dan kemudiannya membeli dagangan timah di sini.
    • Peranan Sultan Ibrahim :
      • Sebagai pembekal semua hasil timah kepada British dengan harga yang lebih baik dan tinggi kepada Belanda
      • Mengadakan hubungan baik dengan British bagi mengelakkan ancaman kententeraan Belanda

    • Persaingan antara ekonomi yang meletus antara Johor dan Belanda serta melibatkan Selangor telah memaksa Sultan Ibrahim pada 29 Julai 1786 yang menyatakan Selangor memberi kebenaran kepada Belanda untuk memonopoili penuh perdagangan timah.


    • Melalui Surat-surat Kew Belanda menyerahkan Melaka dan semua tanah jajahannya di Timur buat sementara kepada British.Setelah perang Napoleon tamat British terpaksa menyerahkan semula Melaka kepada Belanda.

    • Oleh itu ,British mempengaruhi negeri-negeri Melayu dan memaksa Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda yang bertujuan mengagihkan kawasan Alam Melayu kepada dua iautu sama ada di kuasaan Belanda atau British.

    3)Pendudukan British
    British merupakan antara kuasa barat yang berminat dengan kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Pada peringkat awal, kemasukan British bertujuan untuk mengeksploistasi sumber-sumber asli dan faktor ekonomi. Lama-kelamaan, hasrat British untuk terus menguasai ekonomi telah membawa kepada campur tangan politik mereka di Tanah Melayu.

    Kedatangan British ke Tanah Melayu.
             
    Di Selangor, Sultan Ibrahim mempunyai hubungan dengan pedagang-pedagang British. Kunjungan kapal-kapal British yang kerap ke Selangor dikenali sebagai country traders  merupakan faktor penyumbang pertumbuhan  perdagangan di Kuala Selangor. Pendatang-pendatang menjual kain dan candu dari India.Selepas itu, mereka membeli bijih timah dengan harga yang tinggi.
                         Bermula pada tahun 1778 hingga tahun 1780, bilangan kapal british ke Melaka meningkat daripada 62 buah  ke 65 buah.Sebuah Syarikat  Perniagaan Madras ditubuhkan pada tahun 1766 telah pergi ke Aceh dan Kuala Selangor untuk memasarkan kain dan timah.Selangor menyambut baik kedatangan pedagang-pedagang British . Francis Light dan James Scott menggangotai syarikat.Hal ini kerana mereka mempromosikan kepentingan pusat-pusat perdagangan di Selangor,Kedah dan Pulau Pinang kepada pedagang British.
                               Pengunduran Belanda adalah akibat daripada Surat-surat Kew pada tahun 1795. British mempergiatkan usaha memonopoli bijih timah dan British juga mendapat lebih kurang  2000 bahara (6000 pikul) timah dari Perak untuk dibawa ke Pulau Pinang serta memonopoli timah di Selangor dan Perak menjadi tetap apabila termeterainya perjanjian perdagangan antara Sultan Selangor dan Sultan Perak dengan wakil British iaitu Walter Sewell Cracroft pada 30 julai 1818.
                           Perbuatan ini mengorak langkah ke negeri-negeri Melayu lain seperti Kedah.Pada tahun 1771, syarikat British iaitu Francis Jourdain mendapat kebenaran untuk  mendirikan loji di Kuala Kedah daripada Sultan Muhammad Jiwa .Pada tahun 1772,Sultan Muhammad Jiwa berjanji dengan Edward Monckton untuk menjual semua hasil gading gajah,lada hitam dan bijih timah kepada Syarikat Hindia Timur British.Pada tahun 1784, Thomas Forrest berjaya mendapat kebenaran mendirikan banyak gudang dan loji di Kedah.
                             Hal ini menyebabkan Francis Light untuk menduduki Pulau Pinang.British tidak terlibat dalam pentadbiran pada mulanya kerana hanya memberi tumpuan untuk memonopoli hasil ekonomi.Sikap British telah berubah apabila usaha memonopoli hasil ekonomi dan perdagangan terganggu yang menyebabkan British campur tangan dalam penguasaan kawasan perlombongan bijih timah.


    Campur Tangan British Dalam Politik Di Negeri-Negeri Selat.

    Pendudukan di Pulau Pinang :
                                  Pendudukan British di Pulau Pinang bermula dengan British mencari tapak yang strategik di Selat Melaka.Oleh itu,Francis Light telah menemui Pulau Pinang dan ingin memiliki Pulau Pinang.Francis Light menemui Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa untuk mendapatkan Pulau Pinang.Francis Light telah menemui Gabenor Jeneral NNS untuk mencadangkan Ujong Salang.
                      Seterusnya,Francis Light telah menemui Sultan Abdullah yang pada masa itu menghadapi masalah politik memberi persetujuan untuk memberi Pulau Pinang dengan syarat iaitu memberi bantuan tentera apabila diancam musuh.Sultan dibayar ganti rugi sebanyak RM 30000.Pada 11 Ogos 1786,penaikan bendera Union Jack diadakan.


    Pendudukan di Singapura :
                                 Pada 6 Februari 1819,Stamford Raffles berjaya menduduki Singapurakerana mengambil kesempatan terhadap pertikaian antara Tengku Hussin dengan Yang Dipertuan Muda kerajaan Johor.Raja Jaafar menyingkirkan Tengku Hussin daripada diangkat menjadi sultan Johor-Riau selepas Sultan Mahmud mangkat.Tengku Abdul Rahman pula mengisi jawatan tersebut.Tengku Hussin menerima pelawaan Stamford Raffles dan Tengku Hussin dilantik  sebagai sultan Singapura dan Johor.British dibenarkan menjadi Singapura sebagai pangkalan tentera dan perdagangan.

    Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 :
                                     Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah ditandatangani antara Inggeris dan Belanda .Antara kandungannya ialah pengagihan kawasan Alam Melayu kepada dua iaitu dibawah kekuasaan British dan Belanda.Perjanjian ini memastikan penguasaan penuh British ke atas Negeri-negeri Tanah Melayu tanpa penglibatan kuasa Barat lain.Kawasan British meliputi:-
    Semenanjung Tanah Melayu , Singapura , Sabah , Sarawak dan Brunei manakala Kawasan Belanda menjajah negeri-negeri yang terdapat di bawah Singapura.Perjanjian ini menyebabkan empayar  Johor-Riau  telah terbahagi kepada dua dan menerima kesan yang mendalam  pada sistem pentadbiran.


    Campur Tangan British di Negeri-negeri Melayu
    Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu mempunyai dua faktor iaitu faktor ekonomi dan faktor politik.Antara faktor ekonomi adalah untuk memastikan usaha memonopoli hasil-hasil-hasil dagangan utama dapat berjalan dengan lancar.Selain memonopolikan hasil-hasil dagangan,telah berlaku juga perkembangan Revolusi Perindustrian iaitu proses mengetin makanan yang memerlukan hasil bijih timah.
     Dari segi dorongan politik pula,Britain sangat terpengaruh dengan dasar liberal dan perdagangan laissez-faire. Selain itu,dasar imperialisme mulai merebak di Britain.Hal ini menyebabkan kuasa asing boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan perhubungan perekonomi dengan Raja-raja Melayu.



    Campur Tangan di Perak:



                                  Negeri Perak merupakan negeri melayu yang terawal menerima penjajahan British.Hal ini kerana telah wujud perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi  gelap Cina.Sultan Abdullah yang mangkat telah digantikan oleh Sultan Jaafar.Raja Yusof yang sepatutnya menjadi raja bendahara telah disingkirkan.Raja Ismail dilantik memegang jawatan raja bendahara.Apabila Sultan Jafar mangkat,  Raja Yusof dinaikan jawatan yang lebih tinggi kerana Raja Abdullah dilantik sebagai raja muda.


    Campur tangan di Selangor:


                            Campur tangan di Selangor berlaku disebabkan oleh situasi yang tidak aman.Kebiasaannya,pembesar-pembesar akan mengutip cukai yang merupakanpendapatan utama pembesar-pembesar dibuat di pintu masuk iaitu di muara – muara sungai.Perbuatan ini telah menjadi satu tradisi.Semasa kapal yang melalui muara sungai itu enggan membayar cukai,mereka akan dipaksa untuk bayar dan dianggap sebagai rompakan atau pelanun.

                               Ramai pedagang dan orang British menyampaikan aduan rompakan kepada Andrew Clerk.Pada bulan jun 1871, sebuah kapal saudagar Cina dari Pulau Pinang bernama Kim Seong Cheong dirompak di kawasan Raja Mahadi .Oleh itu,British menghantar angkatan tenteranya yang mengandungi 2 buah kapal perang iaitu Pluto dan Rinaldo menggempur kubu Raja Mahadi.Pada 16 November 1873, sebuah kapal british dari Melaka dirompak di Sungai Jugra , Langat berhampiran dengan kediaman Sultan Abdul Samad yang mengakibatkan lapan orang anak kapal rakyat British.
     Oleh itu,Andrew Clerk menangkap sembilan orang anak Melayu Selangor.Pada Februari 1874, perbicaraan diadakan dan tahanan-tahanan tersebut didapati bersalah.Tujuh orang dihukum mati.Pada  akhir tahun 1873, sebuah kapal British dari Melaka diserang lanun yang memusnahkan rumah api di Tanjung  Tuan.British mengesyaki dalang di sebalik rompakan tersebut ialah kerabat diraja Selangor sendiri.Andrew Clerk meminta bantuan tentera British di Laut China yang dipimpin oleh Charles Shadwell  untuk mengepung dan menyerang Pantai Selangor.
                            Pada bulan Ogos 1874 telah berlaku rompakan di Sungai Langat dan Sungai Labu.Andrew Clerk berkunjung ke Selangor untuk membuat  rundingan sebanyak tiga kali dengan Sultan Abdul Samad. Hasilnya, Andrew Clerk menempatkan Frank Swettenham dari Singapura sebagai pagawai tadbir awam NNS dan Singapura untuk membantu sekaligus melindungi sultan dan kerajaan Selangor.Kedatangan Frank Swettenham disertai bersama dengan 20 askar sepoi. British melantik Frank Swettenham sebagai penasihat rasmi Sultan Abdul Samad.British meletakkan Selangor dibawa naungan kerajaan British mengikut suratnya bertarikh oktober 1874.Seorang residen berjaya ditempatkan di Selangor.Selain itu,pelantikan J.G.Davidson sebagai residen pertama manakala Frank Swettenham dilantik sebagai penolong residen.
                           British telah campur tangan di Sungai Ujong melalui persaingan yang wujud antara Datuk Kelana dan Datuk Bandar untuk menguasai kuasa kutipan cukai bijih timah di Sungai Linggi.Datuk Kelana bersetuju menerima perlindungan British dan menerimaseorang residen British.Datuk Kelana telah diiktiraf sebagai pemerintah sah Sungai Ujong.Melalui perjanjian 16  September 1874, Datuk Kelana diberi seorang penolong Residen iaitu W.I.Tatham.Setelah dikalahkan,Datuk Bandar  tidak lagi campur dalam hal ehwal pentadbiran Sungai Ujong.

    Campur tangan di Sungai Ujong:

                               British telah mengambil peluang untuk campur tangan ekoran perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar dalam persaingan memperolah kuasa kutipan cukai bijuh timah di Sungai Linggi.Pada 21 April 1874, Datuk Kelana bersetuju menerima perlindungan British .Hal ini membolehkan beliau diiktiraf British sebagai pemerintah sah Sungai Ujong. Datuk Bandar yang tidak bersetuju mengemukakan ancaman kepada Datuk Kelana.Hal ini menyebabkan Datuk Kelana bersetuju supaya beliau diberi perlindungan dan menerima seorang Residen British.
    Akhirnya,melalui perjanjian pada 16 September 1874, Datuk Kelana diberi seorang Penolong Residen , iaitu W.l. Tatham .Setelah dikalahkan , Datuk Bandar tidak lagi campur tangan dalam hal ehwal pentadiran Sungai Ujong.



    Campur tangan di Negeri Sembilan:

                                   Campur tangan di Negeri Sembilan berlaku apapbila Sir Frederick Weld menguasai daerah –daerah di Negeri Sembilan. Menjelang tahun 1888 , hanya daerah tampin yang belum dapat ditebusi oleh Britsh.Dengan adanya, pengaruh dari daerah Rembau , daerah Tampin bersetuju untuk digabungkan sebagai Seri Menanti.Gabungan ini bersetuju menerima Martin Lister sebagai residen British. Gabungan ini bertambah besar apabila Sungai Ujong dan Jelebu bersetuju untuk turut serta dan menerima Martin Lister sebagai residen British.

    Campur Tangan Di Pahang:
                             British campur tangan di Pahang apabila berlakunya  pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur..Wan Ahmad mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad Muazzam Syah pada bulan disember 1884 .Beliau telah melantik puteranya Tengku Mahmud sebagai pewaris.Wan Mansur berasa tidak puas hati lalu merancang untuk melancarkan serangan dengan bantuan British.Serangan itu berjaya dihalang.
                         Pada bulan April 1885, Frank Swettenham dihantar ke Pahang untuk menyelesaikan perbalahan ini secara aman.Sultan Ahmad diberi cadangan untuk menerima seorang residen British namun .Usaha Swettenham gagal.Oleh itu,British terus mendesak sultan Ahmad untuk menerima seorang residen Pahang.British telah menerima John Pickersgill Rodger sebagai residen British melalui perjanjian 18 Oktober 1887.


    Sistem Residen

    Sistem Residen turut diterima oleh negeri Selangor,Perak,Pahang dan Negeri Sembilan .Antara tujuan  jawatan residen ini ialah British dapat mengawal pentadbiran secara langsung di negeri-negeri Melayu.Selain itu,British boleh lebih berkuasa terhadap negeri-negeri Melayu dalam pemerintahan dan ekonomi tanpa menanggung beban belanja tambahan dan tanggungjawab sepenuhnya yang dilakukan di Negeri-Negeri Selat.

                          Pengawasan British sebagai penjajah adalah melalui institusi politik yang sedia ada,iaitu institusi politik tersebut digunakan dan dipelihara pada nama.Mereka berharap untuk mencetuskan perubahan secara perlahan-lahan.Antara matlamat Sistem Residen adalah untuk menegakkan keamanan melalui peruntukan perundangan.Selain itu,British ingin mewujudkan satu sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai yang teratur.Sistem Residen membolehkan British mengeksploitasi sumber semula jadi negeri-negeri Melayu.

                               Antara keburukan Sistem Residen ini ialah tiada sistem yang jelas yang menyebabkan pegawai-pegawai British yang dilantik sebagai residen tidak mempunyai sebarang garis panduan rasmi dalam mencapai matlamat mereka.Residen perlu menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara mereka tanpa mendapat bantuan kerajaan British.Hal ini kerana kerajaan British tidak mahu Sistem Residen menjadi beban kepada mereka.
                                Hal ini telah menyebabkan elaun dan gaji residen dibayar oleh negeri-negeri Melayu.Kesukaran perhubungan antara Gabenor NNS dan masalah –masalah di setiap negeri menyebabkan residen berkuasa penuh dalam usaha menegakkan asas pentadbiran moden. Antara harapan terhadap residen ialah mengekalkan keamanan,memungut cukai dan hasil serta memajukan sumber kekayaan tanpa diberitahu cara pelaksanaan.
                            Residen menjadi pemerintah sebenar kerana residen hanya bersidang dengan gabenor tujuh kali dalam setahun.Residen  memanggil agenda perundingan dengan gabenor sebelum undang-undang baru diluluskan .Residen juga tidak mengambil kira pandangan para pembesar atau sultan.
                                 Residen telah menyekat hak pembesar tempatan  iaitu mengutip cukai.Residen membelakangkan kuasa Majlis Mesyuarat Negeri.Selain itu,gabenor tidak dapat mengawal kuasa residen disebabkanoleh beberapa faktor seperti kurang hubungan yang berlaku,kedudukannya yang beribu pejabat di Singapura,kurang maklumat yang diperoleh dan beliau sendiri yang tidak berminat dalam hal ehwal negeri Melayu.
                      Kejadian yang mengambarkan residen berkuasa dalam semua perkara telah menyebabkan para pembesar dan sultan tidak berpuas hati.Sebagai contoh,di Perak ,residen J.W.W.Birch telah dibunuh pada tahun 1875 disebabkan kemarahan terhadap residen .Residen tidak mempunyai garis panduan yang jelas dalam dalam tugas mereka dan mereka telah menjalankan tugas berdasarkan wibawa dan kepentingan masing-masing.Oleh itu,British di Perak telah memperkenalkan Majlis Mesyuarat Negeri.
                     Sistem Residen ini telah memberi impak yang mendalam kepada ekonomi,politik dan sosial negeri-negeri yang terlibat.Antara pembangunan ekonomi negeri ialah negeri yang terlibat mula mencapai kemajuan kerana pelaburan semakain meningkat disebabkan perkembangan perusahaan bijih timah ,kopi dan getah. 
                    Selain itu,penempatan mula berkembang dan kawasan perbandaran diwujudkan kerana kemasukan buruh yang ramai untuk bekerja di sektor ekonomi moden.Namun begitu ,kesan ini telah menyebabkan ketidakseragaman pengagihan kekayaan antara negeri dan wilayah atau kawasan dalam sebuah negeri itu sendiri.Sumber dan hasil ekonomi dimonopoli oleh pelabur Barat manakala kaum peribumi jauh ketinggalan.
                   Antara perubahan pengaruh politik ialah negeri-negeri masih berada di bawah penguasaan sultan.Pelantikan Residen British telah menyebabkan sultan tidak berkuasa mutlak dan pembesar hilang peranan mereka.Majlis Mesyuarat Negeri memperlihatkan lebih ramai pihak dalam pentadbiran negeri.Pada masa yang sama, keamanan negeri berjaya dipulihkan. 
                  Antara perkembangan sosial ialah perkembangan infrastruktur seperti sistem jalan raya dan jalan kereta api,pusat kesihatan,bekalan air ,bekalan elektrik ,pos,telegraf dan sebagainya.Perkembangan ini hanya tertumpu di kawasan –kawasan yang mempunyai potensi ekonomi yang tinggi dan di bandar.



    Negeri-negeri Selat(NNS) :

                Antara negeri yang terlibat dalam pembentukan Negeri-Negeri Selat ialah negeri Melaka,negeri Pulau Pinang dan negeri Singapura.Pada tahun 1826 ,kesemua negeri tersebut disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang dinamakan Negeri-Negeri Selat (NNS).Negeri-Negeri Selat diletakkan di bawah unit pentadbiran Residensi NNS dan Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran pertama NNS.

                NNS diketuai oleh Gabenor pada peringkat pusat dan dibantu oleh sebuah majlis yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai awam.Gabenor yang pertama ialah Robert Fullerton.Pada peringkat negeri,setiap negeri diketuai oleh seorang Residen Konsular.Pada tahun 1830,NNS telah dijadikan sebuah Residensi dan diletakkan di bawah Residensi Benggala.

    Pada 1 April 1867,pentadbiran NNS telah diletakkan secara rasmi di bawah kawalan Pejabat Tanah Jajahan di London.NNS telah dijadikan wilayah pentadbiran Tanah Jajahan Mahkota (Crown Colony).Sistem ini menyebabkan Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Undangan.


    Negeri-negeri Melayu Bersekutu(NNMB) :

                    Pada tahun 1895,Sistem Residen semakin kukuh di Perak,Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan.Oleh itu,kerajaan British telah menubuhkan NNMB melaui Perjanjian Persekutuan yang meliputi keempat-empat negeri tersebut.Penubuhan ini dikuat kuasa secara rasmi pada 1Julai 1896.NNMB diketuai oleh seorang Residen Jeneral yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

                     Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor NNS manakala Gabenor bertanggungjawabkepada Pesuruhjaya Tinggi British di London .Residen Jeneral pertama ialah Frank Swettenham.Jawatan residen bagi keempat-empat negeri dikekalkan tetapi tertakluk di bawah bidang kuasa Residen Jeneral yang bertanggungjawab menasihati raja-raja Melayu dalam hal ehwal pentadbiran kecuali agama dan adat istiadat .

                   Kuasa pentadbiran dibahagikan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.Sebuah majlis yang dikenali sebagai Durbar ditubuhkan.Majlis ini merupakan sebuah persidangan yang dihadiri oleh raja-raja Melayu bersama-sama pegawai British untuk membincangkan kepentingan NNMB.

    Faktor-faktor Penubuhan NNMB:
                              Antara faktor penubuhan NNMB ialah masalah kewangan di Pahang.Penentangan pemimpin –pemimpin tempatan di Pahang yang menyebabkan banyak kerosakan.Penentangan ini menelan belanja yang banyak dari segi peralatan senjata dan bekalan makanan tentera.Negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Perak dan Selangor dapat membantu Pahang menyelesaikan masalah kewangannya.
                    Selain itu,NNMB terbentuk daripada Kelemahan Sistem Residen.Residen mentadbir hal ehwal pertanian,perlombongan ,sistem cukai dan isu-isu lain dengan cara mereka sendiri kerana tiada garis panduan untuk menjalankan pentadbiran dan membentuk pentadbiran yang seragam .Gabungan ini dapat mengawal kuasa residen yang mengatasi kuasa Gabenor British yang berpusat di Singapura.
                   NNMB diharapkan dapat mengurangkan belanja untuk pentadbiran kerana sistem pemerintahan berasingan yang membahagikan negeri-negeri Melayu kepada wilayah masing-masing menelan kos yang banyak.Gabungan ini dapat menyelaraskan sistem pentadbiran dan memperbaik sistem perhubungan antara negeri tersebut.
                  Antara kesan penubuhan NNMB ialah penubuhan beberapa jabatan seperti jabatan kerja raya,kewangan dan keadilan yang menyebabkan ramai kemasukan pegawai-pegawai British.Hal ini menyebabkan kuasa raja dan pembesar-pembesar tempatan merosot.Selain itu,tumpuan kuasa beralih kepada Residen Jeneral.Kuasa dan hak-hak Raja Melayu merosot kerana mereka menerima nasihat daripada Residen British di peringkat negeri dan Residen Jeneral pada peringkat pusat.
                 Di samping itu,NNMB menyebabkan sistem pentadbiran yang lebih tersusun membawa kepada kestabilan ekonomi.Kestabilan ekonomi telah menarik minat dan kedatangan pelabur-pelabur asing ke Tanah Melayu.Pada masa yang sama,NNMB menggalakkan kemasukan buruh Cina dan India yang membentuk masyarakat majmuk di Tanah Melayu.Walau bagaimanapun,terdapat persaingan ekonomi dan pengagihan kekayaan yang tidak adil.
    Penubuhan NNMB ialah hasil rasa tidak puas hati dalam kalangan raja.Durbar pertama  diadakan pada tahun 1897 manakala Durbar kedua diadakan pada tahun 1903.Beberapa kritikan tentang pelaksanaan NNMB dibincangkan dalam Durbar.
    Sebagai contoh,Sultan Idris dari negari Perak mengkritik pemusatan di tangan Residen Jeneral dan mendesak kerajaan British memulihkan kuasa raja-raja dan kerajaan negeri.Demi mengemaskinikan pentadbiran NNMB,Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan pada 1909.
    Antara anggota yang terlibat dalam Sistem Majlis Mesyuarat Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi yang menggantikan Gabenor NNS.Pesuruhjaya Tinggi menjadi presiden yang berpusat di Singapura.Residen Jeneral berhubung terus dengan Pesuruhjaya Tinggi.Majlis Mesyuarat Persekutuan juga mempunyai empat orang raja Melayu,empat orang Residen British dan empat orang ahli tidak rasmi iaitu peniaga.
                    Majlis Mesyuarat Persekutuan telah diadakan pada 11 Disember 1909 buat kali pertama.Majlis Mesyuarat Persekutuan  telah memberi banyak kesan buruk seperti tiada wakil dari masyarakat tempatan.Hal ini menunjukan orang Melayu kehilangan hak dalam pentadbiran  negara.Selain itu,kuasa sultan dalam majlis semakin merosot kerana mereka hanya ahli biasa.Mereka tidak boleh membuat keputusan dan mesyuarat ini diadakan tanpa kehadiran mereka.
                       Pesuruhjaya Tinggi mempunyai kuasa yang tinggi berbanding sultan  dan Pesuruhjaya Tinggi boleh melantik dan memberhentikan ahli tidak rasmi iaitu tiga orang Eropah dan seorang Cina mengikut budi bicaranya.

    Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB)


    Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) dibentuk pada tahun 1909.Apabila British dan Siam menandatangani Perjanjian Bangkok.,empat buah negeri yang sebelum ini terletak di bawah naungan kuasa Siam iaitu Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada British.Oleh itu,Penasihat British telah diletakkan di setiap negeri tersebut.
                  Raja Melayu mempunyai kuasa yang lebih besar kerana kuasa Penasihat British tidak berkuasa berbanding kuasa Residen di NNMB.Pentadbiran NNMTB berasingan dengan NNMB sehingga Perang Dunia Kedua.British gagal menggabungkan NNMTB dengan NNMB kerana mendapat tentangan hebat daripada raja-raja Melayu di NNMTB.


    Pengagihan Kuasa Pusat (Desentralisasi 1920-1941):
                
      Pengagihan kuasa pusat dikemukakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.Antara faktor pengenalan desentralisasi ialah Sultan di NNMB tidak berpuas hati dengan pemusatan kuasa pentadbiran pada Pesuruhjaya Tinggi kerana mereka kehilangan kuasa.Pengenalan Majlis Mesyuarat Persekutuan menyebabkan sultan tidak puas hati kerana tidak memberi kuasa pemutus dan mesyuarat dijalankan tanpa kehadiran sultan.
                    British menyatukan NNMB,NNMTB dan NNS.British berhasrat mengurangkan perbelanjaan pentadbiran semasa kemelesatan dunia pada tahun 1920-an.Desentralisasi diperkenalkan kerana wujud persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi dalam hal pentadbiran.
                     Sir Lawrence Guillemard telah melakukan banyak perubahan melalui Desentralisasi .Antaranya ialah menyusun semula Majlis Mesyuarat Persekutuan dengan membawa keluar raja-raja Melayu daripada majlis ini tetapi boleh berhubung terus dengan Pesuruhjaya Tinggi British di London.Selain itu,Majlis Mesyuarat Negeri mempunyai kuasa yang lebih untuk pentadbiran negeri iaitu menguruskan belanjawan negeri.
                    Perubahan yang seterusnya ialah beberapa buah jawatan kerajaan yang berada di bawah peringkat pusat diletakkan dibawah peringkat negeri.Akhir sekali,jawatan Residen Jeneral dihapuskan.
                    Di samping itu,sebuah jawatankuasa ditubuhkan pada tahun 1923.Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji pengagihan kuasa.Guillemard telah mengemukakan beberapa cadangan yang akhirnya diluluskan.Kuasa raja dipulihkan.Sebagai contoh rang undang –undang hanya sah setelah ditandatangani oleh raja-raja.
                    Cecil Clementi meruskan usaha pelaksanaan desentralisasi selepas Guillemard.Antara pembaharuan yang dilakukan ialah Cecil Clementi telah memindahkan jabatan yang berada di bawah kerajaan kepada kawalan kerajaan negeri.Contoh jabatan yang dipindahkan adalah Jabatan Pertanian ,Jabatan Pendidikan ,Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya.Selain itu kuasa Majlis Negeri dalam hal pentadbiran dan kewangan diperluaskan .
                     Penguasaan ekonomi Tanah Melayu masih diteruskan oleh  British melalui pengenalan Desentralisasi.Hal ini kerana Desentralisasi memudahkan British menguasai negeri-negeri Melayu.Serangan Jepun pada tahun 1941telah menamatkan rancangan Desentralisasi.

    Sistem
    Tahun Diperkenalkan
    Negeri-negeri Terbabit
    Sistem Residen
    1874-1889
    Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang
    Negeri-Negeri Selat ( NNS )
    1826
    Pulau Pinang,Singapura dan Melaka
    Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ( NNMB )
    1896
    Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang
    Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB )
    1909-1919
    Perlis,Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor
    Disentralisasi
    1920-an
    Semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu.
    Reaksi Masyarakat Tempatan Terhadap Penjajahan British :
                        Di Tanah Melayu telah wujud perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dalam beberapa peringkat dan keadaan.Hal ini dapat dilihat kerana rakyat sanggup berjuang dan berkorban nyawa bagi menbebaskan tanah air.Antara negeri yang terlibat dalam perjuangan ialah Kedah, Perlis dan  Terengganu yang dinaungi oleh  Siam telah melancarkan serangan.Kesultanan Melaka juga berjuang dengan orang Portugis untuk membebaskan Melaka daripada ancaman Portugis.Kerajaan Johor telah bersaing dengan Belanda.
                        Perjuangan pada peringkat awal ialah penentangan bersenjata dan melibatkan pertumpahan darah.Namun British berjaya menamatkan perjuangan tersebut.Beberapa siri perjuangan ini menyebabkan lahirnya semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan.

    Penentangan di Naning :



                     Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 telah menyebabkan Melaka di bawah kuasa British.Antara kesan Perjanjian Inggeris-Belanda ialah Naning dijadikan sebagai sebahagian wilayah Melaka. Selain itu,penduduk Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka. Cadangan pegawai british ditentang oleh Dol Said(Abdul Said ).Perang Naning tercetus pada bulan julai 1831. British tewas dalam serangan pertama.Pada bulan Februari,Dol Said menyerah diri.


    Penentangan di Selangor :

                    Di Selangor pula,terdapat juga  permusuhan antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi. Selain itu,telah wujud juga permusuhan antara Raja Mahadi dan Raja Ismail.Oleh itu,pada tahun 1868, sultan Selangor melantik Tengku Kudin sebagai Wizurai Selangor bagi menghentikan permusuhan. Malangnya,Tengku Kudin berpihak kepada Raja Ismail.

    Penentangan di Perak :

                    Di Perak,J.W.W Birch dilantik sebagai residen Perak tetapi tidak mendapat kerjasama daripada sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Sultan Abdullah dan Raja Ismail menghantar senjata kepada Dato’ Maharaja Lela,Panduk Indut dan Seputum diarahkan untuk membunuh Birch di Pasir Salak.
                   Antara faktor penentangan di Perak ialah terdapat fahaman tentang fungsi residen yang berbeza.Kerajaan British dan Birch menyekat hak mengutip cukai iaitu dengan memberikan kepada pegawai yang dilantik oleh residen.Kepaksaan menandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan british pada tahun 1875.Pembaharuan yang diperkenalkan terlalu mendadak.Selain itu,Sikap peribadi Birch itu sendiri telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan.Keberanian dan sikap sanggup berkorban penduduk tempatan sangat menonjol juga merupakan faktor yang menyebabkan penentangan berlaku dalam kalangan masyarakat tempatan.

    Penentangan di Pahang :

                             Di Pahang pula, penentangan telah berlaku apabila seorang wakil konsul British iaitu Hugh Clifford J.P.Rodger ialah pegawai British pertama yang memegang jawatan Residen di Pahang.Sistem Residen ditentang oleh pembesar dan rakyat dan ia telah mencetuskan pemberontakan di bawah pimpinan 3 orang tokoh tempatan yang terkemuka iaitu Dato’Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.
                         Faktor-faktor yang menyebabkan pemberontakan orang Melayu ialah kehilangan kuasa.Selain itu ,Undang-Undang Tanah diperkenalkan manakala sistem kerah serta hamba abdi dihapuskan.Kes-kes jenayah dan sivil tidak boleh dihakimi oleh pembesar.Residen British membuat keputusan penting.Penghulu-penghulu tradisi digantikan.Ketidakpuas hati Sultan Ahmad, Datuk Bahaman dan Tok Gajah.Ketidakpuasan hati rakyat Pahang telah menyebabkan pemberontakan berlaku.
                     Pemberontakan pada Disember 1891 tidak berjaya yang memaksa Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan.Penentangan kali kedua dan berakhir apabila ditewaskan pada tahun 1895 dan terpaksa menyerah diri. Tok Gajah dan Mat Kilau akhirnya berundur ke Terengganu.Dato’ Bahaman pula melarikan diri ke Siam.

    Penentangan di Kelantan :



                      Perjanjian Inggeris-Siam iaitu Perjanjian Bangkok ditandatangani. Kuasa Siam ke atas Kelantan diserahkan kepada British.Oleh itu, James Scott Mason menjadi  Penasihat British yang pertama.Penentangan tercetus yang dipimpin oleh Tok Janggut iaitu Haji Mat Hassan bin Munas iaitu pedagang tempatan.


    Punca penentangan di Kelantan :
    1)      Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
    ü  Pelantikan seorang Pegawai Daerah di Pasir Puteholeh kerajaan British mengakibatkan kehilangan kuasa tradisional pembesar Melayu di kawasan Jeram.
    2)      Pengenalan Sistem Tanah Baru 1915
    ü  Januari 1915, Sistem Tanah Baru diperkenalkan oleh kerajaan British – orang ramai perlu membayar sewa tanah yang tetap.
    3)      Pengenalan cukai hasil pertanian dan penternakan
    ü  Hasil tanaman utama seperti padi serta kelapa dan peliharaan seperti lembu, kerbau, anjing serta babi.
    4)      Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh
    ü  Pegawai tersebut ialah seorang yang kasar dan terlalu tegas.


    Penentangan di Terengganu:

                    Penentangan di Terengganu diketuai oleh Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid iaitu Haji Abdul Rahman Limbong yang melancarkan  Pemberontakan Tani.Pemberontakan Tani berlaku kerana tiada dokumen rasmi berhubung pemilikan tanah yang mengandungi tanah tebang dan tanah waris.


    Faktor pencetusan pemberontakan :
    • 1)      Pungutan cukai oleh kerajaan British ke atas tanah, hasil tanah dan rakyat dikenakan cukai kepala.
    • 2)   Kerajaan British memperkenalkan sistem pendidikan Barat yang berbeza dengan sistem pendidikan tradisional.
    • 3)      Perkenalan ‘Pas Kebenaran’ kepada sesiapa yang ingin membuka tanah bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.
    • 4)     Penerokaan hutan yang berumur kurang dari tujuh tahun, tidak dibenarkan membawa senjata, peraturan suntikan cacar, sekatan pemburuan haiwan liar, peraturan menambat kerbau dan lembu dan pendaftaran kelahiran serta kematian.
    • 5)    Selain cukai-cukai yang membebankan ,terdapat juga‘Pas Kebenaran’dan beberapa peraturan baharu yang diperkenalkan. Kebangkitan berlaku dimana orang Melayu menyerang balai polis dan pejabat daerah di Kuala Berang. Kebangkitan mereka telah ditewaskan oleh kerajaan British.

    Penentangan di Sarawak :
                 Sarawak ditadbir oleh Dinasti Brooke.Namun begitu ,rakyat Sarawak telah membangkit untuk melakukan penentangan.Antara  pemberontakan terhadap pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak ialah James Brooke telah menghapuskan amalan perburuan kepala.Hal ini menyebabkan kumpulan Dayak Laut menyerang kubu kerajaan dan berjaya dimusnahkan.
             Penentangan yang seterusnya ialah pembesar-pembesar tempatan disatukan di bawah satu komplot yang diketuai oleh Sharif Masahor dan Abdul Ghapur .Mereka Berjaya membunuh dua orang pegawai British iaitu Fox dan Steele.Selain itu,masyarakat Iban telah menyerang tentera Brooke di Hulu Sungai Batang Lupar.Orang Dayak juga menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sungai Kanowit.

    Penentangan Di Sabah:

                        Sabah telah diletakkan dibawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British iaitu SBUB. Terdapat du kebangkitan yang hebat yang dicetuskan di Sabah.Penentangan yang dimaksudkan ialah penentangan yang dipimpin oleh Mat Salleh dan juga penentangan yang dilakukan di Rundum.
                        Kebangkitan Rundum telah dicetuskan oleh kaum Murut di daerah Rundum yang diketuai oleh Antanum.Antara faktor penentangan ialah pengenalan cukai yang membebankan rakyat seperti cukai  ke atas beras dan ubi kayu. Pengenalan ordinan dan mengerah rakyat tempatan tanpa sebarang upah juga menjadi punca penentangan di Rundum.
                        Kebangkitan Mohamed Salleh iaitu Mat Salleh adalah disebabkan oleh Pembangunan British yang banyak menyukarkan rakyat tempatan dan sekatan terhadap kuasa pembesar.Penentangan tercetus di Sungai Sugut pada 1894.
    Pada Ogos 1895, Residen Barraut telah menyerang  kampung Mat Salleh.Akhirnya,Mat Salleh dibunuh dalam satu pertempuran pada 31 Januari 1900.  

    4)Pendudukan Jepun

    Pada tahun 1932, golongan tentera telah menguasai politik negara Jepun.Jepun menjadi sebuah kuasa yang hebat dan bertindak menyerang China pada tahun 1937.Jepun bersekutu dengan Jerman dan Itali untuk menyerang Kuasa Berikat(British dan Amerika Syarikat). Jepun juga menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.Seluruh Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi mangsa penguasaan Jepun pada bulan Februari 1942.


        


    Faktor-faktor kejayaan Jepun :
    •       Pihak British kurang bersedia untuk menghadapi serangan tentera Jepun .Pihak British menyangka dan hanya bertumpu di Singapura kerana terletaknya pusat pentadbiran British di situ. Jepun memulakan serangan dari arah utara(Kelantan).
    •        Pihak British mengalami kesukaran untuk menghadapi tentera Jepun kerana bantuan tentera lambat sampai dan juga masalah kewangan.
    •         Tentera Jepun menyerang melalui jalan laut. Pertahanan laut Bitish terlalu lemah terutama selepas dua buah perang kapal mereka ditenggelamkan oleh tentera Jepun.
    •         Tentera Jepun mempunyai persediaan yang  lengkap kerana mereka mengintip maklumat tentang kubu British, landasan kapal terbang dan lokasi kem tentera sebelum menyerang Tanah Melayu.
    •         Tentera Jepun yang cukup terlatih,berpengalaman,bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang baik. Mereka tahan lasak sehingga sanggup meredah hutan dengan menggunakan basikal.
     


    Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

    ·       Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu adalah bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utamanya :
    ü Memulihkan keadaan awam. Mereka ingin mewujukan pemerintahan ‘Asia untuk Orang Asia'.
    ü Memonopolikan sumber hasil ekonomi di Tanah Melayu. Hasil ekonomi digunakan untuk membantu masalah ekonomi di Jepun dan pembiayaan tentera-tenteranya di Tanah Melayu.

    ·      Corak pentadbiran ketenteraan di Tanah Melayu :
    ü Pentadbiran Tanah Melayu yang dekenali sebagai Malai Baru diketuai oleh seorang Presiden Jepun(Gunseikan).
    ü Setiap negeri diketuai oleh seorang Gabenor Jepun(Syuchokan) yang bertujuan menggantikan Majlis Mesyuarat Negeri.
    ü Singapura dikenali sebagai Syonan ditadbir bersama dengan Malai Baru dan Sumatera.
    ü Negeri-negeri Melayu Utara iaitu Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu telah diserahkan kepada Thailand kerana memberi laluan kepada tentera Jepun.
    Kesan-kesan Pendudukan Jepun
    1)    Kesan Sosial
    ü Penindasan terhadap orang cina ekoran permusuhan antara Jepun dan China.
    ü Ramai pemuda terpaksa menjadi buruh paksa untuk membina Landasan Kereta Api Maut.
    ü Penduduk mengalami masalah kesihatan.
    ü Negara mengalami masalah kekurangan beras.
    ü Layanan Jepun yang berat-sebelah.

    2)    Kesan Ekonomi
    ü Kemerosotan ekonomi dari segi individu dan keluarga(harta benda dibelanjakan).
    ü Perusahaan bijih timah dan getah merosot.
    ü Banyak barang keperluan utama tidak dapat diperoleh.
    ü Nilai mata wang negara jatuh dengan teruk.

    3)    Kesan Politik
    ü Masyarakat sedar akan kepentingan politik dalam mencapai kemerdekaan.
    ü Orang Melayu mendapat peuang dan pengalaman dalam bidang pentadbiran.
    ü Masyarakat tempatan mendapat ksedaran tentang kelemahan kuasa British.
    üSemangat nasionalisme dilahirkan dalam kalanga masyarakat tempatan.

    Tanah Melayu selepas Pendudukan Jepun
    ·         Tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu dan Singapura pada 15 Ogos 1945 akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.


    •         Pemerintahan Tanah Melayu diambil alih oleh Parti Komunis Malaya melalui Bintang Tiga.Namun Parti Komunis Malaya hanya menjajah selama 14 hari kerana British telah mengambil alih kuasa penjajahan mereka di Tanah Melayu dan Singapura pada September 1945.
    ·         Bagi memulihkan pemerintahan,British telah mengisytiharkan Darurat, Rancangan Briggs dan Rancangan Templer.Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu mengumumkan Darurat pada 17 Jun 1948 dan PKM diharamkan pada 23 Julai 1948.Darurat di Tanah Melayu berkuat kuasa dari tahun 1948 hingga 1960.
    ·         Antara perubahan yang dilakukan  Sir Gerald Templer memperkenalkan sistem pembahagian wilayah kepada kawasan hitam dan kawasan putih.
    ü  Kawasan hitam merujuk kepada kawasan yang giat dengan aktivit komunis dan diberi kawalan ketat.
    ü  Kawasan putih adalah kawasan yang selamat dan bebas daripada pengaruh komunis.
    ü  Sistem kad pengenalan diperkenalkan untuk membezakan warganegara dengan pengganas.
    ü  Pengenalan Rancangan Penempatan Semula di bawah Rancangan Briggs yang diperkenalkan oleh seorang Jeneral British bernama Harold Briggs.Tujuannya ialah untuk menyekat makanan supaya pihak komunis tidak mudah mendapat makanan.
    ü  Harold Briggs telah dilantik sebagai Pengarah Gerakan menentang komunis.
    ü  Kampung Baru iaitu kampung-kampung di pinggir hutan ditempatkan di kawasan baru yang dilengkapi dengan sekolah dan pusat kesihatan.

    kesimpulan;
    Disini , terdapat beberapa kesan daripada pendudukan penjajah asing di Tanah Melayu. Antaranya ialah :-

    -Tanah Melayu penting sebagai pusaka bangsa kerana ia memaparkan sejarah silam dan tamadun Tanah Melayu zaman awal .

    -Bahasa Melayu telah menjadi bahasa yang terkenal pada abad ini sehingga menjadi lingua france di Asia Tenggara.

    -Terbentuknya masyarakat majmuk dengan kedatangan orang cina dan india ke Tanah Melayu.

















































    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    DUA6022 - KOMUNIKASI & PENYIARAN DALAM ISLAM TAJUK TUGASAN : " TIDAK PASTI , JANGAN KONGSI " DISEDIAKAN OLEH : ...