BAB 1: SEJARAH AWAL NEGARA
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU.
Pemerintahan Kerajaan Melaka
- Sistem pemrintahan pada hari ini masih diamalkan dalam sistem beraja negara. Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau 'Yang di-Pertuan'.
- Apabila pemerintah kerajaan Melaka mula memeluk islam , pemerintahnya digelar 'Sultan' dan 'Syah'.
jadual 1.1 Nama pemerintahan dan tempoh pemerintahan Sultan-sultan Melaka
*Jadual dia atas merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka ,1990 mengikut pandangan Sarjana terdahulu . Berbeza dengan pandangan sarjana terkini IKSEP dan kerajaan Negeri Melaka ,2012 yang menunjukkan perbezaan tahun pemerintahan .
Rajah 1.2 Sistem Pembesar Empat Lipatan
*Jadual dia atas merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka ,1990 mengikut pandangan Sarjana terdahulu . Berbeza dengan pandangan sarjana terkini IKSEP dan kerajaan Negeri Melaka ,2012 yang menunjukkan perbezaan tahun pemerintahan .
- Ramai sarjana sejarah bersetuju bahawa sultan Iskandar Syah merupakan pemerintah Melaka pertama yang memeluk islam . Sistem ini disebut 'raja mutlak' (kedudukan raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat).
- Kuasa dan hak raja berkait rapat dengan beberapa konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakat pada waktu itu spt 'taat setia', 'derhaka', 'daulat', 'tulah', dan 'nobat'.
- Konsep ini berkait rapat dengan protokol diraja yang melibatkan alat kebesaran atau bahasa istana spt 'titah', 'patik', 'murka', 'kurnia', dan 'anugerah' . Istilah lain pula spt 'bersiram', 'gering', dan 'mangkat'.
- Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya. Sultan melantik para pembesar yg berfungsi sbg pentadbir , pelaksana undang-undang , menghakimi perbicaraan , mengawal keselamatan , mentadbir hal ehwal pelabuhan , merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protokol dan adat istiadat istana.
- Rja dibantu oleh sebuah organisasi yg tersusun dengan hierarki dipanggil 'Sistem Pembesar Empat Lipatan'.
Rajah 1.2 Sistem Pembesar Empat Lipatan
- Sistem pentadbiran kerajaan Melaka berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
• Jawatan dan tugas Pembesar Berempat dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka :
a) Bendahara
- Penasihat raja dalam bidang pentadbiran
- Menteri utama
- Ketua turus angkatan perang
- Ketua Hakim
- Pemangku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara
b) Penghulu Bendahari
- Pemungut hasil atau ufti
- Ketua bagi semua Bendahari
- Ketua urusetia istana
- Ketua semua syahbandar
c) Temenggung
- Ketua polis dan penjara (Memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri)
- Penguasa bandar dan Kota Melaka
- Protokol istana
- Hakim di darat
- Mengawasi pedagang asing di Melaka
- Memastikan sukatan dan timbangan pedagang betul
d) Laksamana
- Ketua angkatan laut (menjaga ketenteraman di laut)
- Mengawal keselamatan sultan
- Ketua duta
- Ketua urusan diraja ke seberang laut
- Selain itu, syahbandar juga dikenali sebagai pegawai pelabuhan, hulubalang besar sebagai panglima perang , ulama, mandulika, tentera, mantri, Seri Bija, bentara, chetria, orang kaya dan bangsawan yang lain mewakili pembesar 8, 16, dan 32 tadi.
- Wilayah pemerintahan empayar Melaka terbahagi kepada 4 ketegori utama:
(a)Kota Melaka
(b)Wilayah-wilayah pegangan/pemakanan
(c)Wilayah-wilayah taklukan
(d)Jajahan-jajahan takluk
- Kota Melaka ditadbir di bawah pusat pentadbiran utama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan