Selasa, 9 Oktober 2018

DUA6022 - KOMUNIKASI & PENYIARAN DALAM ISLAM


TAJUK TUGASAN :
" TIDAK PASTI , JANGAN KONGSI "




DISEDIAKAN OLEH :

  • NUR FATIN NAFISAH BINTI AROMZI   (30DEN17F2010)
  • NORSAKINAH BINTI ABDUL RAHMAN (30DEN17F2006)
  • ARIF FADLY BIN AB AZIZ FAUZI           (30DEN17F2013)
  • AMAR RASYIDI BIN BAHARUDIN        (30DEN17F2003)


PENSYARAH :
  • PUAN RAFIDAH BINTI JUSOH


PENGENALAN

Perbuatan masyarakat yang masih menyebar dan berkongsi berita palsu boleh memberi impak buruk bukan sahaja kepada individu dan reputasi sesebuah organisasi tetapi juga kepada kesejahteraan negara.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Dr. Mazlan Ismail berkata bagi mengatasinya maka amalan "Tidak Pasti, Jangan Kongsi" perlu diterap berikutan masyarakat ketika ini yang cenderung untuk berkongsi apa sahaja maklumat yang diterima tanpa membuat tapisan terlebih dahulu.
terdapat banyak contoh kes yang mana maklumat-maklumat palsu menjadi tular di media sosial. Begitu juga dengan berita-berita lama yang dikitar semula untuk tujuan-tujuan tertentu.
Hakikatnya, apa yang dipaparkan dalam internet atau pun media sosial tidak semestinya benar belaka. Oleh itu, pengguna internet perlulah bijak menilai dan menganalisa sesuatu maklumat yang diterima, celik fakta serta menentusahkannya dengan sumber rasmi terlebih dahulu seperti portal atau app sebenarnya.my.

OBJEKTIF BLOG
1. Mewujudkan platform bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat mengenai :
  • Bagaimana menentusahkan sesuatu maklumat dan sumbernya.
  • Menggalakkan pengguna internet untu tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih.
  • Kesan penyebaran maklumat palsu terhadap diri dan komuniti.
2. Menggalakkan penglibatan aktif dari Komuniti Pusat Internet 1Malaysia,

3.Menambah ahli berdaftar PI1M dikalangan komuniti tempatan.

ISI & HURAIAN
Hasil carian imej untuk TIDAK PASTI JANGAN KONGSI




Ungkapan " Tidak Pasti , Jangan Kongsi " itu adalah slogan atau tagline yang digunakan oleh sebenarnya.my iaitu portal yang bertindak sebagai pusat sehenti untuk orang ramai menyemak atau melaporkan sesuatu berita yang tidak dapat ditentukan kesahihannya yang diterima melalui platform media sosial termasuk WhatsApp, khidmat pesanan ringkas, emel atau blog.

Portal itu ditubuhkan dengan harapan dapat mena­ngani gejala penularan berita palsu dalam talian yang semakin menjadi-jadi yang dikhuatiri boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara.

Memang tidak dapat dinafikan akhir-akhir ini bermacam-macam berita viral atau tular tersebar luas di alam siber. Adakalanya semacam betul, adakalanya juga sekali baca pun kita rasa curiga akan kesahihannya.

Sebagai pengguna media sosial yang matang dan berhemah, tentu sahaja kita tidak akan mengongsi sesuatu berita itu apabila was-was atau tidak pasti akan kesahihannya. Itu yang sebaik-baiknya.
Sayangnya dalam kalangan masyarakat siber hari ini, ramai yang kurang matang dan banyak juga yang tidak berhemah.

Dapat sahaja sesuatu berita, apatah lagi yang tular atau viral, maka terkocoh-kocohlah kita berkongsi tanpa menyemak terlebih dahulu akan kesahihan berita tersebut. Mentaliti ‘share atau kongsi dahulu, fikir kemudian’ menjadi amalan kebanyakan kita.

Masing-masing mahu menjadi antara orang pertama yang berbuat demikian, tidak mahu tertinggal, seolah-olahnya hendak mengejar pingat emas bagi catatan masa terpantas menularkan berita.
Gara-gara tidak semak sebelum kongsi, maka jadilah berita yang tidak sahih, diada-adakan, ditokok-tambah atau lebih buruk lagi yang palsu dan fitnah disebarluaskan.

Sebagai contoh , lebih 250 berita palsu yang tular di media sosial kini disenaraikan di portal Sebenarnya.my sebagai rujukan orang ramai.

Sejak dilancarkan pada 14 Mac lalu, sebanyak 267 berita palsu disenaraikan meliputi isu sosial, nasional, ekonomi dan agama.

Berita palsu pertama yang disenaraikan di portal ini adalah 'Ubat di Klinik 1Malaysia Tidak Berkualiti' yang tular pada 10 Januari 2010 manakala laporan terbaharu mengenai berita palsu pada 7 April lalu berhubung dakwaan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah gering.

Akibatnya, sesebuah negara itu akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran kesan daripada penyebaran berita tidak benar yang bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah boleh memberi ancaman terhadap keselamatan, ekonomi, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara. Maka, masyarakat perlu positif terhadap usaha kerajaan untuk memperkenalkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 demi keharmonian dan perpaduan rakyat.

Akta ini juga berunsur pencegahan (deterrence) bagi memberi mesej yang jelas bahawa setiap individu hendaklah bertanggungjawab terhadap perkongsian maklumat yang benar dan sihat. mengawal selia penyebaran berita tidak benar dalam mana-mana medium penerbitan dan tidak terbatas kepada media sosial sahaja.


Namun begitu , usaha menangani berita palsu tidak boleh hanya datang dari pihak berkuasa sahaja. Kita sebagai pengguna sendiri pun wajar memainkan peranan dalam hal ini. Langkah terbaik yang boleh diambil adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran diri terhadap bahana berita palsu. Jika maklumat atau mesej yang diterima nampak meragukan, maka semak terlebih dahulu dengan sumber-sumber rasmi yang sah bagi mendapatkan kepastian. Hanya selepas mendapat pengesahan, barulah anda membuat keputusan sama ada untuk meneruskan perkongsian itu atau sebaliknya.

Selain itu, pengguna tidak perlu menjadi wira di media sosial. Hanya kerana sahabat anda berkongsi maklumat tersebut, anda juga terikut-ikut dan berkongsi sama maklumat yang belum ditentusahkan. Bayangkan apa yang akan terjadi jika maklumat yang anda kongsi itu adalah palsu? Dan jika maklumat yang disebar itu telah tular, bagaimanakah anda cuba mengatasinya? Dalam situasi ini, “common sense” seharusnya menjadi pertimbangan utama. 

KESIMPULAN 

Pengguna  perlu sedar bahawa bukan semua maklumat yang diterima itu dan yang ada dalam Internet adalah benar belaka. Terdapat pihak tertentu di luar sana yang akan cuba untuk menyebarkan khabar angin mahupun maklumat-maklumat palsu dengan tujuan untuk memporak-perandakan keadaan. Soalnya, adakah kita rela untuk diperalatkan oleh pihak sedemikian?
Sesungguhnya, tidak ada jalan pintas dalam mengatasi masalah berita palsu ini. Pihak berkuasa boleh bertindak ke atas si pesalah namun masalah tersebut akan kekal menjadi masalah selagi tiada kemahuan dari diri kita sendiri untuk berubah. Ia harus bermula dari diri kita!
 Dalam surah al-Hujurat, ayat 8, Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu dan ketahuilah olehmu bahawa dalam kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan, benar-benarlah kamu mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu ‘cinta’ kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus. Sebagai kurnia dan nikmat daripada Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”


Oleh yang demikian, berita atau sebarang maklumat yang diterima seharusnya diteliti dan dipastikan dahulu kebenarannya dan ketepatan informasi bagi mengelakkan sebarang agenda atau perkara yang tidak baik berlaku seperti menfitnah, menipu dan memburukkan seseorang yang lain berlandaskan hawa nafsu dan sifat kebenciaan.

Imam Ibn Kathir berkata: “Allah memerintahkan agar kita benar-benar menyemak berita daripada orang fasik dengan mewaspadainya supaya tidak berlaku sebarang pendustaan dan kekeliruan.”

Hasil carian imej untuk TIDAK PASTI JANGAN KONGSI
Hasil carian imej untuk TIDAK PASTI JANGAN KONGSIHasil carian imej untuk TIDAK PASTI JANGAN KONGSI
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk TIDAK PASTI JANGAN KONGSI



Imej yang berkaitan









































































Ahad, 14 Januari 2018



BAB 5 : KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN


5.0 Pengenalan

  • Seorang pakar antropologi J.S. Furnival telah menghuraikan pandangan beliau  tentang masyarakat majmuk pada tahun 1948.
  • Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang berbilang bangsa atau dikenali sebagai bergaul tetapi tidak bercantum.
  • Setiap kumpulan mengamalkan agama , adat resam , kebudayaan , bahasa , fahaman dan cara hidup yang berbeza. 
  • Wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum dan etnik.
  • Walau bagaimanapun, konsep masyarakat majmuk oleh Furnival tidak sesuai di negara ini kerana percantuman , pergaulan dan hidup kesatuan masyarakat pada hari ini jelas tanpa mengira kaum .

5.1 Konsep-konsep dalam Hubungan Kaum dan Etnik

5.1.1 Maksud Etnik dan Kaum.

Etnik :- Satu kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama dari                           aspek adat resam,bahasa,pakaian atau kegiatan ekonomi.
           
            - Konsep etnik dikaitkan dengan konsep ras ,bangsa dan kaum tetapi memiliki                        maksud yang berbeza. Ras dan bangsa lebih menekankan perbezaan fizikal dan                  sifat-sifat manusia spt keturunan , warna kulit , pertalian darah .
      
            - Etnik berbeza mengikut ciri budaya seperti adat resam , pola keluarga , pakaian ,                  kecantikan dll. Di Malaysia , orang Melayu , India , Cina , Kadazandusun , dan                      lain-lain dianggap etnik.
          
            -Sebelum kemerdekaan ,Etnik pada mulanya bersifat etnosentrik iaitu                                     mengganggap ciri-ciri budaya etnik lain berada di tahap rendah , tidak bermoral                     dan ganjil .

            -Konsep etnik telah membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme iaitu :-


  • Etnisiti : Merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.
  • Etnosentrisme : Merujuk kepada rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
         

Imej yang berkaitan




5.1.2 Tahap Hubungan Etnik di Malaysia : Dari Segregasi ke Amalgamasi
  • Tahap hubungan etnik di Malaysia boleh diukur sejak zaman penjajahan lagi. 
  • Tahap ini melalui satu proses yang panjang hingga ke hari ini.
  • Perkembangan hubungan etnik di Malaysia bermula dari tahap yang rendah hingga tahap tinggi iaitu :









Ahad, 31 Disember 2017

3.3 Raja Berperlembagaan  

3.3.2 Yang di-Pertuan Agong

  • Yang di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan yang di-Pertuan Agong ini adalah mengikut peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

  • Tempoh Pemerintahan ; 31 Ogos 1957-1 April 1960


Img agung2 2.gif

Img agung3 2.gif

Img agung4 2.gif

Yang di-Pertuan Agong ke-14.jpg

Img agung6 2.gif






Investiture Ceremony at The Negeri Sembilan Palace by HR Tunku Jaafar.jpg

Img agung11 2.gif

Sirajuddin2.jpg

Tuanku Mizan 2011.jpg

Yang di-Pertuan Agong ke-14.jpg

Seterusnya , Pada zaman ini , Yang Dipertuan Agong ke-15 adalah seperti berikut:




  • Kehidupan Awal ; 
Diputerakan sebagai Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra di Kota Bharu pada 6 Oktober 1969, baginda ditabalkan Putera Mahkota (Tengku Mahkota) pada bulan Oktober 1985. Baginda telah melanjutkan pengajian ke Kolej St Cross, Oxford dan Pusat Oxford untuk Pengajian Islam untuk kajian diplomatik. Baginda menamatkan pengajian pada tahun 1991.
  • Kerjaya ;
Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah diltabal sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat). 

  • Tengku Mahkota ;
Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditakhtakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Pada 24 Mei 2009, baginda kemudian ditabal sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.


  • Sultan Kelantan ;



Pada 13 September 2010, baginda telah diisytiharkan sebagai Sultan Kelantan ke-29, mengikut Perkara 29A Perlembagaan Negeri yang menyatakan bahawa Sultan tidak boleh lagi menjadi raja jika baginda tidak berdaya maju memerintah selama tempoh lebih daripada satu tahun. Baginda mengambil nama Sultan Muhammad V. Walau bagaimanapun, ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra, telah mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan pertabalannya tidak mengikut Perlembagaan. Sultan Ismail Petra sedang sembuh daripada strok yang dialaminya pada tahun 2009.
Sultan Muhammad V telah menghadiri Mesyuarat ke-222 Majlis Raja-Raja buat kali pertamanya sebagai ahli penuh pada bulan Oktober 2010. Ini menandakan pengiktirafan kesertaan sebagai Sultan oleh raja-raja lain

  • Timbalan Yang Dipertuan Agong
Pada tanggal 13 Disember 2011, baginda telah ditabal memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Dalam pada itu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah pula ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dijalankan di Istana Negara Kuala Lumpur.

  • Yang Dipertuan Agong ;

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara. Pertabalan itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.

  • Panggilan Dan Gelaran ;
13 Disember 2016 - kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong ke-15

DUA6022 - KOMUNIKASI & PENYIARAN DALAM ISLAM TAJUK TUGASAN : " TIDAK PASTI , JANGAN KONGSI " DISEDIAKAN OLEH : ...