Selasa, 9 Oktober 2018

DUA6022 - KOMUNIKASI & PENYIARAN DALAM ISLAM


TAJUK TUGASAN :
" TIDAK PASTI , JANGAN KONGSI "




DISEDIAKAN OLEH :

  • NUR FATIN NAFISAH BINTI AROMZI   (30DEN17F2010)
  • NORSAKINAH BINTI ABDUL RAHMAN (30DEN17F2006)
  • ARIF FADLY BIN AB AZIZ FAUZI           (30DEN17F2013)
  • AMAR RASYIDI BIN BAHARUDIN        (30DEN17F2003)


PENSYARAH :
  • PUAN RAFIDAH BINTI JUSOH


PENGENALAN

Perbuatan masyarakat yang masih menyebar dan berkongsi berita palsu boleh memberi impak buruk bukan sahaja kepada individu dan reputasi sesebuah organisasi tetapi juga kepada kesejahteraan negara.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Dr. Mazlan Ismail berkata bagi mengatasinya maka amalan "Tidak Pasti, Jangan Kongsi" perlu diterap berikutan masyarakat ketika ini yang cenderung untuk berkongsi apa sahaja maklumat yang diterima tanpa membuat tapisan terlebih dahulu.
terdapat banyak contoh kes yang mana maklumat-maklumat palsu menjadi tular di media sosial. Begitu juga dengan berita-berita lama yang dikitar semula untuk tujuan-tujuan tertentu.
Hakikatnya, apa yang dipaparkan dalam internet atau pun media sosial tidak semestinya benar belaka. Oleh itu, pengguna internet perlulah bijak menilai dan menganalisa sesuatu maklumat yang diterima, celik fakta serta menentusahkannya dengan sumber rasmi terlebih dahulu seperti portal atau app sebenarnya.my.

OBJEKTIF BLOG
1. Mewujudkan platform bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat mengenai :
  • Bagaimana menentusahkan sesuatu maklumat dan sumbernya.
  • Menggalakkan pengguna internet untu tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih.
  • Kesan penyebaran maklumat palsu terhadap diri dan komuniti.
2. Menggalakkan penglibatan aktif dari Komuniti Pusat Internet 1Malaysia,

3.Menambah ahli berdaftar PI1M dikalangan komuniti tempatan.

ISI & HURAIAN
Hasil carian imej untuk TIDAK PASTI JANGAN KONGSI




Ungkapan " Tidak Pasti , Jangan Kongsi " itu adalah slogan atau tagline yang digunakan oleh sebenarnya.my iaitu portal yang bertindak sebagai pusat sehenti untuk orang ramai menyemak atau melaporkan sesuatu berita yang tidak dapat ditentukan kesahihannya yang diterima melalui platform media sosial termasuk WhatsApp, khidmat pesanan ringkas, emel atau blog.

Portal itu ditubuhkan dengan harapan dapat mena­ngani gejala penularan berita palsu dalam talian yang semakin menjadi-jadi yang dikhuatiri boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara.

Memang tidak dapat dinafikan akhir-akhir ini bermacam-macam berita viral atau tular tersebar luas di alam siber. Adakalanya semacam betul, adakalanya juga sekali baca pun kita rasa curiga akan kesahihannya.

Sebagai pengguna media sosial yang matang dan berhemah, tentu sahaja kita tidak akan mengongsi sesuatu berita itu apabila was-was atau tidak pasti akan kesahihannya. Itu yang sebaik-baiknya.
Sayangnya dalam kalangan masyarakat siber hari ini, ramai yang kurang matang dan banyak juga yang tidak berhemah.

Dapat sahaja sesuatu berita, apatah lagi yang tular atau viral, maka terkocoh-kocohlah kita berkongsi tanpa menyemak terlebih dahulu akan kesahihan berita tersebut. Mentaliti ‘share atau kongsi dahulu, fikir kemudian’ menjadi amalan kebanyakan kita.

Masing-masing mahu menjadi antara orang pertama yang berbuat demikian, tidak mahu tertinggal, seolah-olahnya hendak mengejar pingat emas bagi catatan masa terpantas menularkan berita.
Gara-gara tidak semak sebelum kongsi, maka jadilah berita yang tidak sahih, diada-adakan, ditokok-tambah atau lebih buruk lagi yang palsu dan fitnah disebarluaskan.

Sebagai contoh , lebih 250 berita palsu yang tular di media sosial kini disenaraikan di portal Sebenarnya.my sebagai rujukan orang ramai.

Sejak dilancarkan pada 14 Mac lalu, sebanyak 267 berita palsu disenaraikan meliputi isu sosial, nasional, ekonomi dan agama.

Berita palsu pertama yang disenaraikan di portal ini adalah 'Ubat di Klinik 1Malaysia Tidak Berkualiti' yang tular pada 10 Januari 2010 manakala laporan terbaharu mengenai berita palsu pada 7 April lalu berhubung dakwaan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah gering.

Akibatnya, sesebuah negara itu akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran kesan daripada penyebaran berita tidak benar yang bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah boleh memberi ancaman terhadap keselamatan, ekonomi, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara. Maka, masyarakat perlu positif terhadap usaha kerajaan untuk memperkenalkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 demi keharmonian dan perpaduan rakyat.

Akta ini juga berunsur pencegahan (deterrence) bagi memberi mesej yang jelas bahawa setiap individu hendaklah bertanggungjawab terhadap perkongsian maklumat yang benar dan sihat. mengawal selia penyebaran berita tidak benar dalam mana-mana medium penerbitan dan tidak terbatas kepada media sosial sahaja.


Namun begitu , usaha menangani berita palsu tidak boleh hanya datang dari pihak berkuasa sahaja. Kita sebagai pengguna sendiri pun wajar memainkan peranan dalam hal ini. Langkah terbaik yang boleh diambil adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran diri terhadap bahana berita palsu. Jika maklumat atau mesej yang diterima nampak meragukan, maka semak terlebih dahulu dengan sumber-sumber rasmi yang sah bagi mendapatkan kepastian. Hanya selepas mendapat pengesahan, barulah anda membuat keputusan sama ada untuk meneruskan perkongsian itu atau sebaliknya.

Selain itu, pengguna tidak perlu menjadi wira di media sosial. Hanya kerana sahabat anda berkongsi maklumat tersebut, anda juga terikut-ikut dan berkongsi sama maklumat yang belum ditentusahkan. Bayangkan apa yang akan terjadi jika maklumat yang anda kongsi itu adalah palsu? Dan jika maklumat yang disebar itu telah tular, bagaimanakah anda cuba mengatasinya? Dalam situasi ini, “common sense” seharusnya menjadi pertimbangan utama. 

KESIMPULAN 

Pengguna  perlu sedar bahawa bukan semua maklumat yang diterima itu dan yang ada dalam Internet adalah benar belaka. Terdapat pihak tertentu di luar sana yang akan cuba untuk menyebarkan khabar angin mahupun maklumat-maklumat palsu dengan tujuan untuk memporak-perandakan keadaan. Soalnya, adakah kita rela untuk diperalatkan oleh pihak sedemikian?
Sesungguhnya, tidak ada jalan pintas dalam mengatasi masalah berita palsu ini. Pihak berkuasa boleh bertindak ke atas si pesalah namun masalah tersebut akan kekal menjadi masalah selagi tiada kemahuan dari diri kita sendiri untuk berubah. Ia harus bermula dari diri kita!
 Dalam surah al-Hujurat, ayat 8, Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu dan ketahuilah olehmu bahawa dalam kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan, benar-benarlah kamu mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu ‘cinta’ kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus. Sebagai kurnia dan nikmat daripada Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”


Oleh yang demikian, berita atau sebarang maklumat yang diterima seharusnya diteliti dan dipastikan dahulu kebenarannya dan ketepatan informasi bagi mengelakkan sebarang agenda atau perkara yang tidak baik berlaku seperti menfitnah, menipu dan memburukkan seseorang yang lain berlandaskan hawa nafsu dan sifat kebenciaan.

Imam Ibn Kathir berkata: “Allah memerintahkan agar kita benar-benar menyemak berita daripada orang fasik dengan mewaspadainya supaya tidak berlaku sebarang pendustaan dan kekeliruan.”

Hasil carian imej untuk TIDAK PASTI JANGAN KONGSI
Hasil carian imej untuk TIDAK PASTI JANGAN KONGSIHasil carian imej untuk TIDAK PASTI JANGAN KONGSI
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk TIDAK PASTI JANGAN KONGSI



Imej yang berkaitan









































































DUA6022 - KOMUNIKASI & PENYIARAN DALAM ISLAM TAJUK TUGASAN : " TIDAK PASTI , JANGAN KONGSI " DISEDIAKAN OLEH : ...