BAB 5 : KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN
5.0 Pengenalan
- Seorang pakar antropologi J.S. Furnival telah menghuraikan pandangan beliau tentang masyarakat majmuk pada tahun 1948.
- Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang berbilang bangsa atau dikenali sebagai bergaul tetapi tidak bercantum.
- Setiap kumpulan mengamalkan agama , adat resam , kebudayaan , bahasa , fahaman dan cara hidup yang berbeza.
- Wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum dan etnik.
- Walau bagaimanapun, konsep masyarakat majmuk oleh Furnival tidak sesuai di negara ini kerana percantuman , pergaulan dan hidup kesatuan masyarakat pada hari ini jelas tanpa mengira kaum .
5.1 Konsep-konsep dalam Hubungan Kaum dan Etnik
5.1.1 Maksud Etnik dan Kaum.
Etnik :- Satu kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama dari aspek adat resam,bahasa,pakaian atau kegiatan ekonomi.
- Konsep etnik dikaitkan dengan konsep ras ,bangsa dan kaum tetapi memiliki maksud yang berbeza. Ras dan bangsa lebih menekankan perbezaan fizikal dan sifat-sifat manusia spt keturunan , warna kulit , pertalian darah .
- Etnik berbeza mengikut ciri budaya seperti adat resam , pola keluarga , pakaian , kecantikan dll. Di Malaysia , orang Melayu , India , Cina , Kadazandusun , dan lain-lain dianggap etnik.
-Sebelum kemerdekaan ,Etnik pada mulanya bersifat etnosentrik iaitu mengganggap ciri-ciri budaya etnik lain berada di tahap rendah , tidak bermoral dan ganjil .
-Konsep etnik telah membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme iaitu :-

- Etnisiti : Merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.
- Etnosentrisme : Merujuk kepada rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
5.1.2 Tahap Hubungan Etnik di Malaysia : Dari Segregasi ke Amalgamasi
- Tahap hubungan etnik di Malaysia boleh diukur sejak zaman penjajahan lagi.
- Tahap ini melalui satu proses yang panjang hingga ke hari ini.